Monday, April 11, 2011

JERIT berisi..

Menonton sebuah teater dan hanya berpegang  pada ‘perjuangan teater hanya untuk-NYA’ ternyata tidak merugikan bermula dari saat kaki melangkah masuk ke dalam kereta yang terletak di utara Kedah dan bergerak menuju ke Tronoh , Perak atau lebih khususnya Universiti Teknologi Petronas.Walaupun alis mata di atas sering saja ingin bertemu dengan alis mata di bawah , segera diingatkan kembali bahawa bukan senang nak menJERIT walaupun  karya dan arahan Ahmad Hissamudin merupakan yang pertama untuk ditonton ,tetapi jeritan di hati dan di jiwa menjadi pemangkin penerus perjalanan.
Space Gambus Experiment menjadi pemula yang berbisa bagi sesiapa yang mendengar alunannya.Ternyata Kamal Sabran dan juga rakan-rakannya berjaya menJERITkan mesejnya kepada semua.
Babak pertama yang ditampilkan Suara Kebangkitan terus ditimbulkan dengan kesimpulan—(Ahhh,aku datang jauh-jauh nak tengok ni saja,nak kena claim balik duit tiket ni.hahaha).ternyata telahan aku silap kerana selepas tamatnya babak pertama ,kebangkitan semangat di dalam diri telah mula bangkit dengan selingan daripada In-Saff dan juga Morven .Watak Dato’Bahar dan P.A.nya,’Ibu tunggal’ , Man , Joned dan dibantu rakan-rakan dan pengganas berjaya menJERIT dan mencuri hati penonton.Mungkin benar kata Acap ,kita semua akan membawa pulang hati secara percuma.


Nota Kaki:*Kerana tangan yang memberi bunga akan wangi selamanya,Syabas TTS..     *Diambil daripada ayat sajak terakhir oleh acap.

Saturday, March 26, 2011

Seri Malaysia...

Ada orang kata , apabila kita makan bersama keluarga ataupun rakan-rakan ,kebahagiaan dan juga hubungan di antara sesama insan akan jelas terpancar di mata dan wajah masing-masing.Bertarikh 26 Mac  2011  , aku dijemput untuk menikmati makan malam di salah sebuah hotel yang terdapat di negeri Kedah.Walaupun aku tidak mendapat tempat duduk VIP ataupun VVIP aku tetap bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberikan aku peluang untuk merasa makan di dalam hotel ..Yang menjadi kegemaran aku ialah persembahan daripada anak-anak muda yang pada pandangan aku mempunya bakat yang besar dalam bidang seni walaupun aku dengar dari mulut orang yang anak-anak muda ini  ialah orang daripada  bidang pemasaran.Sebuah filem pendek yang ditayangkan sempena jamuan makan malam itu bolehlah dikategorikan sebagai beginner dalam filem perfileman .hahaha.Di bawah ini adalah bukti kepada kegembiraan yang terpancar daripada muka masing-masing.Mungkin kekenyangan agaknya.mungkin.mungkin..

Saturday, March 19, 2011

Jikalau terkena panah garuda,di sini ada ubatnya

Tidak mengharap sesuatu yang terbaik daripada sebuah filem arahan anak melayu walaupun kadang-kadang ada juga tanggapan bahawa filem melayu tidak boleh untuk melangkah jauh walaupun di dalam ‘kampungnya’ sendiri.Tetapi dalam kes-kes yang sebegini,kita tidak boleh menyalahkan pengarahnya sahaja,tetapi salahkan juga penulis skripnya sekali.hahaha.Menonton Hikayat Merong Mahawangsa selepas mendengar preview daripada mulut-mulut orang di persekitaran telah menggerakkan hati untuk melihat sendiri akan benarnya kehebatan filem ini dengan mata kepala sendiri.Ternyata cakap – cakap mereka ini boleh dipakai juga kerana selepas melihat sendiri , harapan untuk melihat filem buatan melayu ini mempunyai nadi dan jiwa sedikit  demi sedikit tercapai jua..



Nota Kaki:Skripnya agak best.agak.hahaha

Friday, March 4, 2011

Saat - saat..

Kadang – kadang mengambil angin malam sambil membiarkan perut menerima apa sahaja yang terhidang di depan mata mengingatkan kita bahawa kita sepatutnya bersyukur kerana Tuhan masih lagi memberi peluang kepada kita untuk menikmati saat-saat tersebut .Saat – saat dimana mungkin ada insan yang sedang bertarung nyawa untuk mendapatkan makanan yang sedang kita leka suapkan di dalam rongga mulut kita.Saat – saat dimana anak – anak dan isteri sanggup bersengkang mata untuk melihat ayah ataupun suami mereka mencari sesuap nasi untuk keluarga…

Tuesday, March 1, 2011

Satu Cintan..v2.0

Aku dah suruh  sorang  kawan aku email gambar-gambar yang dia ataupun kawan dia tangkap masa tempat mengaji diorang buat event family day tempoh hari.Kawan aku ni tak habis – habis bercerita pasal keseronokan yang mereka lalui.Hai ,seronok  sungguh sampai dia kata kat aku kalau family day tu buat 3 hari 2 malam pun dia sanggup nak join sebab  seronok sungguh lah..
Di bawah ni adalah bukti gambar – gambar keseronokan diorang ni..one love lah katakan..hahaha.

Kawan teman kate dia nilah master mind untuk family day ni.

Senyum sikit bang,family day ni.ahaks



Raikanlah kegembiraan selagi kita masih wujud di dunia ini..


Nota Kaki : When you put happiness in your blood,believe me that your lifetime will not be wasted..

Tuesday, February 22, 2011

Sekitar Pilihan Raya MPP Tempat Belajar Teman..










Mana budak - budak business ni?


Artikel ini diemailkan kepada aku sejurus aku meletakkan gambar – gambar ini.Aku dapat mengagak bahawa penulis  juga adalah pelajar  di tempat belajar aku ini.
Pilihan raya ini umpama medan untuk anak-anak muda bertanding atas nama mereka,nama fakulti ataupun nama kursus yang mereka ambil.Tidak kisahlah mana-manapun,yang penting mereka haruslah menunaikan janji-janji mereka yang mereka taburkan dalam manifesto mereka.Pelajar-pelajar  yang tidak bertanding akan bertindak sebagai pengundi yang bijak sama ada untuk memilih calon – calon yang selayak – layaknya ,bukanlah sekadar memilih kerana muka calon tersebut boleh market  ataupun cantik sahaja.Kita sebagai pengundi harus lah memilih dengan sebijak-bijaknya kerana mereka yang bakal bergelar MPP inilah yang akan menjadi nadi penggerak pelajar-pelajar yang lain.kita tidak mahu muncul isu ketidak puas hati kerana kita jugalah yang mengundi mereka ini.
Aku yang memerhati dari jauh  hanya mampu untuk meluahkan  sahaja kerana aku baru sahaja memasuki pusat pengajian ini.Agak sukar untuk pelajar-pelajar di sekeliling untuk terus mengenali aku.Meskipun begitu,aku tidak berapa berpuas hati dengan system pilihan raya ini.Aku melihat kempen pilihan raya ini begitu hambar sehinggakan 2 hari terakhir sebelum pilihan raya bakal berlangsung,tidak ada langsung suasana keghairahan untuk berpilihan raya ini.Mereka menganggap pilihan raya ini hanyalah untuk mendapat  kupon makanan selepas meng’klik’ untuk seorang ataupun dua calon. Mungkin juga pihak atasan di tempat belajar aku ini tidak membenarkan untuk berkempen dengan  cara yang lebih agresif.mungkin.mungkin
Apa-apa pun aku ingin mengucapkan tahniah kepada wakil MPP yang baru dan semoga berjaya …

Sunday, February 20, 2011

Biarpun Hujan tetap Mereka Redahi.

Bila bara api telah dipasang ,
Ayam telah diperap ,
Sosej juga telah diperap ,
Apa lagi bakor ja lah hahaha.
Terima kasih tidak terhingga kepada insan-insan yang sudi membakar ,yang sudi datang ,yang sudi makan (termasuklah aku sekali )yang sudi ambil gambar yang sudi masak,yang sudi buat air hei berapa banyak sudilah. Kepada geng PP(para pencarimu) yang sudi untuk sponsor tempat ,terima kasih juga diucapkan.
Tuan Rumah





Aku tak nak ambil gambarlah jangan paksa aku.hahaha(kata budak yang tak nampak muka tu)

Apa guna berduka jika ada kesempatan untuk bergembira(kata pemuda yang berbaju hitam yang duduk di belakang)haha.


Dengar kata lepas ni nak buat dekat tempat yang lebih besar dan mesra alam  seperti di air-air terjun.Aku bukan apa kalau nak buat kat tempat – tempat yang macam tu pastikan air tak kering ya.hahahahak.



Friday, February 18, 2011

Election datang lagi..(udah macam lagu mainan DORA)


Aku ada seorang kawan ni,dia ni memang cukup tak suka pilihan raya ni .Ada sekali dia kata kat aku :Walaupun bukan aku yang bertanding , aku cuma nak pesan satu je kat jawatankuasa perwakilan pelajar ni.Kalau buat kerja tu jangan buat kerja macam budak-budak sekolah rendah.Kalau tengok kat muka tu semua yang dah besar ,hensem ,hot dan sebagainyalah.jadi biarlah luaran tu selari dengan pemikiran.Amboi kalau bab mengata ni no satu.hahaha biasa lah kan manusia.


Sunday, February 13, 2011

Jerung dan Anak-anaknya...

Gua bukanlah 'in' sangat scene - scene teater ni tapi bila krew-krew teater dari Tronoh teater datang ,gua terpaksa mengaku yang diorang ni hebat sebenarnya.hahah.Gua kenal nama Tronoh Theater Shop ni pun masa Tembang di Kuale di Kuala Kangsar ,itupun masa gua tengok dekat poster.Walaupun nama TTS ni tak lah segah nama Rumah Anak Teater,gua rasa potensi mereka untuk terkenal di seluruh Malaysia sangatlah tinggi.Gua cuma nak bagitahu satu perkara je kat sini,kepada sesiapa yang belum pernah menonton teater yang dipentaskan oleh TTS ni,cepat cepatlah pergi beli tiket sementara harga tiket masih berpatutan.Bukan apa ,gua takut 2 ataupun 3 tahun yang akan datang,harga diorang ni dah semakin tinggi dan korang semua yang masih belum mononton teater diorang ni hanya mampu untuk melihat dari  luar tingkap sahaja.haha.

Gagak dan Kurap(ayie)

Bangau oh Bangau..

Gagak a.k.a Sefa


Dr Shark a.k.a Pengarah Teater

Nota Kaki:Foto ihsan daripada krew TTS .terima kasih.teater ni ada jiwalah.

Thursday, February 10, 2011

CERCITe.

Kadang-kadang port – port yang selesa seperti dinding ataupun tiang konkrit semestinya menjadi pilihan utama aku .Lantak kat orang lah nak kata aku mat dinding ka,mat tiang ka,ada aku kisah.
Kadang – kadang aku duduk saja ,melihat orang di sebelah kiri kanan aku.Kadang-kadang aku tidor saja,tidor ja lah dah tak tahu nak buat apa .Nasib baik dia tak ambil masa lama ,kadang – kadang sejam ,kadang-kadang sejam dua puloh minit.
Kalau ‘isi’ dia sedap,aku cubalah untuk stay up.
Kalau ‘isi’ dia hampeh ,menyandar ke dinding lah jawabnya aku.
Bercerita tentang isi ni,adalah sekali tu dia bercerita tentang buah-buahan tempatan .Aku rasa macam nak lempang je dia tu .Ada ke bercerita tentang buah – buahan ,aku tahulah kadang-kadang’pendengar-pendengar ‘ macam kami ni akan dibekalkan dengan buah-buahan selepas habis majlis . Tapi apakan daya ,aku hanyalah pendengar yang setia .
Aku bukan apa,mereka semua yang bercerita kat kami ni bukanlah calang-calang orang.Dengar kata mereka ni semuanya dah pernah jejak kaki ataupun  belajar kat negara kurma.Sepatutnyalah ,mereka ni harus ataupun wajib menceritakan cerita – cerita yang lebih mendalam isinya supaya pendengar-pendengar yang setia macam aku ni akan tergerak di dalam hati untuk mengungkapkan kata – kata CER CITe,CER CITe.Hmmm, Apabila akal kita maju di arus pembangunan , maka akan pupuslah tahyul mahyul ni,Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ,mari kita fikirkan secara rasional.haha (kata – kata ni aku ciplak dari hussin kak limah)
Aku tak nak aku,orang-orang yang duduk di kirikanan ,belakang depan aku terbuang masa begitu saja.Di negeri aku ni cuti hujung minggu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.
Sudah ditakdirkan oleh Tuhan ,aku dan orang-orang lain yang seagama dengan aku wajiblah menjejakkan kaki ke masjid pada hari jumaat tu.

Sunday, February 6, 2011

Seringgit Sekupang.

Uncle yang jual surat khabar dekat taman aku ni dah pandai buat lawak dah .Dia ni start jual surat khabar sejak dari aku darjah 4 lagi dan selama itulah , inilah kali pertama aku dengar dia buat lawak.

aku > uncle ,surat khabar kosmo satu.
uncle>nah ,seringgit sekupang saja.
aku >aik,sudah naik harga ka.
uncle>bukan surat khabar la,ini getah yang aku ikat kat surat khabar ni.kan sekarang getah sudah naik harga..haha..

Nota Kaki:Kalau ikutkan hati,nak saja ambik getah tu buat pistol nak tembak tepat kat hidung dia ,tapi apakan daya ,dia lebih tua dari aku.haha.

Tuesday, February 1, 2011

Lepas Habis Kerja.


Nota Kaki:Selalunya lepas habis kerja time - time cuti ni,nilah kerja aku.

Monday, January 31, 2011

8.35 Pagi

Dengan bangganya bangun pada pagi ni hanya semata mata nak pergi bayar duit ‘current’ kampong aku dengan rumah sewa aku ni.Selesai dah mandi , aku terus gerak ke pejabat pos yang terdekat.Aku punya target  haritu nak jadi diantara 3 yang terawal yang sampai kat P.O tu.Bukan apa ,yang pertama dan yang kedua semestinya kakak dan abang yang bekerja kat dalam P.O tu.Sampai ja kat P.O tu aku menerima khabar berita yang kurang baik melalui sekeping kertas kecil.Bunyinya begini-No. Giliran anda 1131.No giliran sekarang ialah 1010.Anda akan dilayan sebentar lagi.Palat betul.
Nota Kaki:Aku tunggu apa lagi ,start motor cari kedai terdekat pekena roti canai sambil layan surat khabar baca cerita TENTANG TENANG.

Thursday, January 27, 2011

Kelabu Bulu...

Gua cukup pantang kalau bagi makan nasi dia tolak makanan tu.Tapi kalau pikir balik betul jugak ,sapa nak makan nasi putih semalam punya.Last sekali gua decide nak beli bijirin kat dia sebab gua nak tinggal dia lama , dekat seminggu juga lah gua rasa.

Nota Kaki : Lepas je letak bijirin friskies cap ayam kat dia , terus dia mengiow.Ingat ka nak - nak lagi , rupanya panggil geng - geng dia.Memang jenis tak makan sorang la dia ni.

Tuesday, January 25, 2011

When 2 Come to 3 or 4 , How?


Nota Kaki:Yang pastinya takkan sama dengan Plain White-T's-1,2,3,4 punya lagu .haha

Monday, January 24, 2011

Thursday, January 20, 2011

True punya Kawan..

Apabila kita berkawan,bukanlah kawan hanya di mulut ,tetapi juga di dalam hati.Tegor seorang kawan aku apabila aku terlalu memilih kawan.Sempat juga dia emailkan kepada aku sekeping gambar yang menunjukkan erti kawan yang sebenarnya.Disini aku letakkan gambar tersebut.Aku tabik kau lah bro,kau memang betul-betul true punya kawan..

Ini baru berkawan..


Wednesday, January 19, 2011

Cikgu Mat tu..2

Cikgu Mat:Apehal muka nampak macam marah ja ni.
Aku:Kenapa cikgu baca karangan saya kat budak – budak kelas ?
Cikgu Mat:Kenapa ,tak boleh ke?
Aku:Memang tak boleh la cikgu,nanti apa pandangan diorang semua kat saya
Cikgu Mat;Kamu takut diorang kata kamu ada kaitan dengan pelacuran..
Aku:Sudahlah cikgu,saya dah malas nak cakap dengan cikgu lagi.

Cikgu Mat meninggalkan aku dengan senyuman.Sejak daripada hari tu,aku jarang nak beri perhatian tentang apa yang diperkatakan oleh cikgu mat.Walaupun dia buat lawak,aku cuba sedaya upaya untuk tidak gelak.Sehinggalah pada hari minta maaf kat cikgu – cikgu yang mengajar kami memandangkan kami semua nak ambil peperiksaan SPM,aku pun pergi jumpa cikgu mat dengan hati yang berat,.aku pun cakap simple ja,cikgu saya minta maaf kalau ada salah silap.Cikgu Mat membalas kata – kata aku dengan anggukan dan senyuman.

Aku meminta maaf kat cikgu mat sekali lagi ketika perjumpaan aku dengan cikgu mat dekat TESCO tempoh hari.Tapi kali ni cikgu mat membalas kata – kata aku dengan senyuman sambil dia berkata cikgu dah lama maafkan kau sebenarnya. Aku tersenyum..

Nota Kaki:Atas permintaan ramai,aku letakkan juga sambungan cerita ini pada hari ini.. 

Cikgu Mat tu..

Ada satu hari tu aku pergi beli barang dapur kat TESCO.Sambil jalan – jalan keluar lepas dah habis bayar, aku nampak cikgu BM aku masa aku form 5 dulu.Dalam hati , aku kata tu Cikgu Mat tu.Aku pun apa lagi,terus pergi kat dia . Aku tegur dia ,tapi bila dia tengok muka aku ,dia tak cakap apa,dia hanya senyum kat aku.Aku pun senyum la balik.Tiba – tiba dia cakap dah makan ke belum.Aku pun jawab belum lagi cikgu.Dia pun kata mailah kita makan sama – sama ,cikgu pun belum makan lagi ni.Banyak benda yang aku sembang dengan dia .Aku jadi rapat dengan dia pun sebab aku pernah bertengkar mulut dengan dia dulu.Punca aku bertengkar sebab  dia baca karangan aku kat seluruh  budak kelas dulu.

Dalam periksa kali ni, aku cuma bagi kat hampa semua satu tajuk karangan, hampa semua buatlah apa yang patut ,tapi kali ni aku tak nak hampa semua tulis ikut skema sangat ,aku nak tengok hampa punya identiti dalam karangan yang hampa akan hasilkan.- kata cikgu mat 2 hari sebelum bermulanya 
exam kami.

Hari periksa pun tiba,tajuk yang dia bagi kat kami  hanya 4 patah perkataan dan 2 titik iaitu Kegiatan pelacuran berleluasa.Huraikan.Aku tengok kawan-kawan lelaki aku yang lain,ada yang dah tulis dah ,ada yang senyum – senyum. Kalau bab macam ni ,cukup laju diorang ni.Tiba hari nak bagi markah ,Cikgu mat ambil kertas aku dan dia baca kat seluruh kelas,dia baca sebahagian daripada kesimpulan.Aku tau yang dia pegang tu kertas aku sebab aku cam tulisan aku.

Aku tertarik dengan salah satu karangan sorang pelajar ni.Bagus, tak berat sebelah ,tapi ada sedikit unsur-unsur ghairah.Kata dia sebelum mula membaca karangan aku.- Bagi sesetengah golongan ,pelacuran bukanlah sesuatu yang menjijikkkan ataupun mengotorkan. Mereka menganggap itu adalah salah satu daripada lubang – lubang pekerjaan yang membawa kepada keuntungan. Siapa yang tidak mahu,hanya kerja semalaman tapi sudah boleh memperoleh wang untuk belanja sebulan.Pelacuran bukanlah memfokuskan kepada golongan wanita sahaja ,tetapi ia juga terjebak kepada golongan lelaki dan tidak lupa juga pondan.Time tu semua budak kelas aku gelak sakan.Cikgu Mat sambung baca lagi ,Kegiatan ini kadang kadang dikaitkan juga dengan teori-teori yang  boleh diterima akal  fikiran.Ada pihak yang mengatakan jika tiada permintaan masakan akan terbit penawaran untuk pelacuran Meskipun begitu,ianya bergantung kepada akal budi dan pemikiran pelacur – pelacur yang berkeliaran. Masa dia jalan nak bagi balik kertas karangan kat aku , saat itulah berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

akan bersambung.....

Sunday, January 16, 2011

SE….KA..LI LAGI..

Hari ni aku dengan kawan-kawan aku merancang sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke tempat mandi yang aku pergi dahulu yang pernah aku nyatakan dalam entri blog yang bertajuk Kajian Lapangan.Kali ni kami pergi tak lagi bertemankan dengan budak-budak yang dulu.Kali ni kami pergi dengan bunga-bunga yang kami petik dari sebuah taman.Tak silap aku taman Lembah Bujang fasa 4.5.Bawa bunga-bunga ni memberikan kami kelebihan ,bukannya apa,bunga-bunga ni akan membawa makanan untuk diberikan kepada kami semua.Sebagai contoh,mee goreng ,kek coklat dan sebagainya.





Nota Titi:Sedap,credit to bunga-bunga yang menyediakan makanan .

Wednesday, January 12, 2011

Ahmad SS Quote..

2 hari yang lepas , seorang lecturer aku namanya Ahmad SS menulis satu statement di dalam Facebooknya.Dia tulis Forgiveness is oil of Relationships.Apabila aku fikir-fikirkan kembali,ada benar juga pernyataan ini.Memandangkan sekarang,aku dapat melihat kerenggangan yang berlaku di  antara rakan-rakan sekelasku.Mungkin mereka tidak menunjukkannya secara terang-terangan tapi mata yang melihat ini mampu untuk menafsir walaupun dari jauh.
Apabila perkara sebegini berlaku ,aku teringat kepada rakan aku sewaktu aku sekolah menengah dahulu.Namanya K.Dia ni seorang yang smart dari segala-galanya,dari segi pemakaian ,pemikiran dan pembelajaran.Tapi ada satu yang spoil tentang diri dia-emosi.Tidak kira dengan siapa walaupun dengan aku,walaupun ada kesilapan yang kecil , kepanasan yang ada di dalam diri dia akan membuak-buak.Dia pernah bermasam muka dengan aku selama beberapa hari.Selama itu jugalah aku tidak bercakap dengannya walaupun aku duduk sekali di dalam kelas dengannya.Di dalam hati aku kata tak boleh jadi macam ni,aku terpaksa bertindak dahulu.Selepas mendapat keberanian ,aku pun mula bersuara;
J:Sampai bila kita nak bermasam muka ni .Aku bukannya buat salah apa-apa pun .Aku Cuma tegur hang sikit je,takkan itu pun nak ambil hati.
K:Hang tak payah nak tegur aku,aku dah besar panjang dah.Tahulah aku uruskan hal aku sendiri.
J:Kan lebih bagus kalau kita saling nasihat – menasihati .Aku bukannya apa K,kita ni hidup bukannya lama ,aku tak suka kalau benda yang remeh temeh ni ada dalam hidup kita.Sampai bila kita nak biarkan emosi kita menguasai hidup kita.
Nota Kaki:Mengapa harus berduka jika ada kesempatan untuk bergembira

Tuesday, January 11, 2011

Kadang-Kadang…

Melihat rakan-rakan sekelas aku berjalan kaki ataupun menaiki teksi dengan satu tujuan , hanya untuk menimba ilmu,timbul pelbagai perasaan dalam diri aku.Kadang-kadang rasa sedih pun ada ,rasa nak membantu pun ada tapi apakan daya , aku hanya mampu melihat dari jauh sahaja.Aku rasa bersyukur kerana aku mempunyai pengangkutan untuk pergi balik dari tempat belajar ke rumah sewa aku.Walaupun begitu ,aku tetap mendoakan supaya mereka tetap tabah meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.
Nota Kaki : Kalau ikutkan hati , nak saja beli satu van buat macam van kilang untuk angkut budak-budak sekelas aku ni. Boleh juga dapat income .

Friday, January 7, 2011

Pinang di Pulau



Meredah kepekatan malam yang tidak bertujuan ,dengan satu misi,hanya untuk menghilangkan kebosanan ,mencari sesuatu yang tidak pasti..sampai kini..
Padang Kota

On The Bridge
Smile

Nasi or Nasib
 

Thursday, January 6, 2011

Ilmu Ada di Mana-Mana .(Perubahan Kalendar Akademi Universiti)

Perubahan kalendar akademik universiti kepada September bukan bertujuan menarik pelajar antarabangsa sebaliknya lebih kepada usaha menyelaraskan tempoh pengajian dengan universiti asing.--(boleh percaya ka)-Utusan Malaysia-5/1/2011

Bercakap tentang perkara ini,aku hanya mendiamkan diri buat seketika.Aku tahu perkara ini ada banyak pro dan kontranya.Baru semalam aku membincangkan perkara ini dengan rakan sebilikku yang tinggal serumah denganku.Dia salah seorang pelajar repeater.Apabila surat khabar Utusan Malaysia pada tarikh di atas menyiarkan tentang perkara ini , aku tertarik untuk membaca.Tetapi dalam benak fikiranku,mengapa hanya pensyarah sahaja yang difokuskan di dalam perkara tersebut tetapi tidak pelajar-pelajar IPTA itu sendiri.Bagaimanakah pelajar-pelajar seperti  rakan sebilik aku hendak meneruskan pembelajaran jika tempoh pembelajaran untuk satu semester begitu singkat.Aku yakin ,pelajar-pelajar biasa walaupun yang tidak me’repeat’ paper yang gagal juga akan merasai tekanan dalam perubahan ini.Apa gunanya hanya mempercepatkan tempoh pembelajaran tetapi pelajar-pelajar itu sendiri tidak melalui proses pemahaman.
Dalam akhbar itu juga menyebut:
 "Bagi pelajar lama, kementerian memberi fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar tersebut wajib mengikuti kalendar asal atau kalendar baru,"
Aku berharap pihak atasan di tempat pengajian aku ini dapat memikirkan pilihan yang paling terbaik didalam perubahan ini.
Nota Kaki:Kalau setakat nak mengikut buku rujukan yang ditulis oleh orang asing boleh lagi diterima,tapi janganlah sampai nak ikut sekali kalendarnya.Kerana aku yakin dan percaya ilmu ada di mana-mana dan bukannya mengikut masa.

Lebih kurang halal la,Dolah.

Pagi tadi pergi makan roti canai dekat warong Pak Su yang ada dalam kampong aku ni.Aku makan roti canai telor dengan teh’o secawan.Lepas dah habih makan ,aku pergi bayar dekat Pak Su.Harga roti seringgit lima kupang dengan teh’o enam kupang.Semua sekali dua ringgit sekupang.Pak Su kata dua ringgit dah la,sekupang tu kira halal la.Lepas makan aku terus gerak ke kedai runcit Dolah.Dia ni anak sulung Pak Su.Mak aku pesan suruh beli gula sekilo.Aku tengok dekat dalam kedai dolah ada dua brand gula.Satu cap keluarga dan satu lagi cap padang terap.Aku tanya dolah apa beza  antara dua gula ni.Dolah dengan slumber menjawab takde bezanya dua – dua ni sebab dua-duanya menyumbang ke arah kemanisan.Aku pun terus bayar kat dolah duit gula sekilo.Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kedai Dolah,dia panggil aku.  Woi,mane lagi sekupang ni.Aku pun jawab,hai tadi aku makan dekat warong bapak kau,harga dia dua ringgit sekupang ,dia halalkan je sekupang tu.Dolah jawab balik,itu lain,itu roti canai,ini gula.
Nota Kaki : Bagi aku,harga gula ni ibarat benchmarking untuk harga benda – benda yang lain untuk turut naik sama.Kau tunggulah waktu election nanti.hahhahah.

Tuesday, January 4, 2011

Dah Mula Dah..

Aku dah masuk semula tempat belajar aku.Mungkin tahun ni memerlukan aku untuk lebih berusaha dan bertindak sebagai seorang pelajar.Bukan apa ,semester yang lepas aku lebih banyak menghabiskan masa memikirkan apa  yang akan jadi kalau aku terpaksa repeat paper – paper yang susah.Aku lebih banyak memikir tanpa bertindak .Tahun ni akan lebih mencabar bagi aku kerana aku duduk di luar kampus .Apabila di luar kawalan daripada keluarga dan juga residen – residen kolej , pelajar – pelajar seperti aku akan lebih menginginkan kebebasan ,kerana bagi aku pelajar yang  dah berumur seperti aku ini mungkin ingin mencorak kehidupan mereka dengan tangan dan pemikiran sendiri tanpa campur tangan dari tangan – tangan yang lain.Bagi aku perkara sebegini perlu di dalam rutin kehidupan masing – masing kerana semakin kita meningkat dewasa , kematangan , kebertanggungjawaban dan pemikiran kita haruslah selari dengan usia kita.Apabila melihat kawan – kawan sekelas aku gembira apabila bertemu kembali dari cuti yang panjang ,aku pun turut tumpang gembira.Aku melihat kegembiraan yang dipancarkan dari muka masing- masing penuh dengan keikhlasan dan kejujuran.Baru – baru ni aku bersembang dengan sorang kawan lelaki aku,tetapi dia ambik kursus lain (kursus dia lebih banyak menekankan unsur – unsur islam).Aku tanya dia macam mana perasaan nak masuk balik belajar.dah tak sabar ke.Dia cakap kat aku dia sebenarnya bukanlah suka sangat dengan tempat belajar ni.Aku tanya dia pasai apa .Dia kata entah la,hati dengan jiwa dia tak serasi dengan persekitaran dan orang- orang yang ada kat sini.Aku hanya berdiam diri .Tapi itulah kitaran hidup , kadang – kadang kita dapat dan kadang – kadang tidak dapat  apa yang kita hajati.Cikgu kaunselor aku masa aku sekolah menengah dulu dia pernah cakap kat aku,kalau kau tak dapat apa yang kau suka ,sukailah apa yang kau dapat.Aku masa tu memang tak ambik kisah dengan apa yang dia cakapkan,tetapi apabila aku semakin dewasa baru aku mengerti cakap cikgu kaunselor aku tu.