Tuesday, January 4, 2011

Dah Mula Dah..

Aku dah masuk semula tempat belajar aku.Mungkin tahun ni memerlukan aku untuk lebih berusaha dan bertindak sebagai seorang pelajar.Bukan apa ,semester yang lepas aku lebih banyak menghabiskan masa memikirkan apa  yang akan jadi kalau aku terpaksa repeat paper – paper yang susah.Aku lebih banyak memikir tanpa bertindak .Tahun ni akan lebih mencabar bagi aku kerana aku duduk di luar kampus .Apabila di luar kawalan daripada keluarga dan juga residen – residen kolej , pelajar – pelajar seperti aku akan lebih menginginkan kebebasan ,kerana bagi aku pelajar yang  dah berumur seperti aku ini mungkin ingin mencorak kehidupan mereka dengan tangan dan pemikiran sendiri tanpa campur tangan dari tangan – tangan yang lain.Bagi aku perkara sebegini perlu di dalam rutin kehidupan masing – masing kerana semakin kita meningkat dewasa , kematangan , kebertanggungjawaban dan pemikiran kita haruslah selari dengan usia kita.Apabila melihat kawan – kawan sekelas aku gembira apabila bertemu kembali dari cuti yang panjang ,aku pun turut tumpang gembira.Aku melihat kegembiraan yang dipancarkan dari muka masing- masing penuh dengan keikhlasan dan kejujuran.Baru – baru ni aku bersembang dengan sorang kawan lelaki aku,tetapi dia ambik kursus lain (kursus dia lebih banyak menekankan unsur – unsur islam).Aku tanya dia macam mana perasaan nak masuk balik belajar.dah tak sabar ke.Dia cakap kat aku dia sebenarnya bukanlah suka sangat dengan tempat belajar ni.Aku tanya dia pasai apa .Dia kata entah la,hati dengan jiwa dia tak serasi dengan persekitaran dan orang- orang yang ada kat sini.Aku hanya berdiam diri .Tapi itulah kitaran hidup , kadang – kadang kita dapat dan kadang – kadang tidak dapat  apa yang kita hajati.Cikgu kaunselor aku masa aku sekolah menengah dulu dia pernah cakap kat aku,kalau kau tak dapat apa yang kau suka ,sukailah apa yang kau dapat.Aku masa tu memang tak ambik kisah dengan apa yang dia cakapkan,tetapi apabila aku semakin dewasa baru aku mengerti cakap cikgu kaunselor aku tu.

2 comments:

  1. kau ingat lagi ye jap kata-kata cikgu zul. Teringat lagi masa kita berdua kena denda dengan dia.haha.

    ReplyDelete
  2. Ye la tu ijam .Sampai sekarang aku tak boleh lupa saat - saat "indah" tu.

    ReplyDelete