Tuesday, December 28, 2010

Give and Take..



Haa,macam tulah baru main bola!,jerit pak cik aku waktu menyaksikan perlawanan bola antara Malaysia dan Indon.Kita main bola kena ada give and take ,jangan asyik take saja,ucap pakcik aku kepada kawan – kawannya.Aku hanya mendengar dari belakang,cakap orang tua-tua aku malas nak menyampuk sangat.
Masa perlawanan itu hari,penonton Malaysia bukan sengaja nak suluh laser dekat mata.Diorang punya target sebenarnya kat kepala,tapi nak buat macam mana,kepala goal keeper indon tu botak,takut nanti dia pantul balik.haha.

Nota Kaki:Nama Stadium Gelora Bung Karno sahaja dah cukup untuk menggambarkan betapa bergeloranya jiwa pemain dan penonton Indon itu sendiri.Hati – hati pemain Malaysia.

Monday, December 20, 2010

Kad Pertama Aku.


Bila tiba cuti belajar , selain dari menoreh getah di kampong,aku akan jual air dan buah rojak kat sebuah taman.Nama taman tu Taman Ria .Ada satu hari tu,sedang aku mengelap meja ,aku nampak sorang kawan perempuan aku datang beli rojak kat kedai aku.Dengar khabarnya,dia dah bertunang .Itu pun aku dapat tahu dari rakan sekelasnya yang dulu.Mulanya aku tak percaya.Kendian ,aku tanya dia ,mari dengan tunang ke.Dia jawab tak lah.Mungkin dia terkejut dengan pertanyaan aku sebab kita orang tak pernah berjumpa dah selepas habis zaman persekolahan dulu.Lepas tu,dia terus berjalan ke arah sebuah kereta .Dalam kereta tu ada sorang lelaki.Dalam 30 saat lepas tu dia datang balik bersama lelaki tersebut dan serahkan kepada aku sampul kad berwarna putih dan di dalamnya ada kad yang tertulis majlis undangan perkahwinan yang diadakan pada hari krismas tahun ini.Nampaknya kena minta cuti lagilah kat tokey kedai aku lepas ni.Aku cuma mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka berdua.Kalau boleh tu aku nak bagi lah sepatah dua kata kat tunang kawan aku tu.Tapi siapa lah aku , hanya penjual air dan rojak buah.

Nota Akhir:Isteri adalah anugerah , bukannya hak milik.Nilah kata-kata yang akan aku ucapkan kepada tunang dia kalau diberi kesempatan. Lagipun kata-kata ni aku ciplak dari sebuah filem.

Friday, December 17, 2010

Maed Namanya ..


Aku tak boleh bercerita banyak sangat tentang politik .Lagipun kat tempat belajar aku bukanlah menggalakkan sangat untuk aku menceburkan diri dalam bidang yang penuh dengan drama, kuasa , wang ringgit , tikam menikam dan lompat melompat.Aku tak berani nak menulis yang bukan sebarangan ,takut takut nanti kena saman .Kalau kena saman pun aku nak dapatkan khidmat peguam daripada sapa.Kalau kawan kawan aku yang belajar undang undang dulu pun kalau tanya bab business law bolehla.Kalau bab 10,20 juta ni lingkup aku.Tetapi persekitaran politik ni mengingatkan aku pada hari sukan yang berlangsung di sekolah menengah aku beberapa tahun yang dulu.Di sekolah aku dulu ada kumpulan ungu,biru,hijau,kuning dan merah. Kemenangan rumah sukan ditentukan oleh jumlah markah yang paling banyak dipungut .Yang selalu menjadi juara ialah kumpulan hijau manakala no 2 ungu.Lari pun tak banyak hanya 2 atau 3 markah saja.Ketua rumah sukan hijau pun dengan bangganya pergi bersalam dengan tetamu jemputan untuk mengambil piala tahunan.Rumah sukan yang kalah akan menerima sorakan booo. Tetapi itu tidak melemahkan semangat ahli rumah sukan aku(aku rumah sukan ungu) yang kalah untuk terus berusaha di masa depan.Mungkin untuk acara perbarisan ataupun hiasan rumah sukan yang tercantik bolehla.Yang jadi masalah nya apabila ada sorang kawan aku maed namanya(dia ketua rumah sukan) .Dia melakukan perubahan yang drastik pada tahun yang berikutnya kerana tidak sanggup menanggung malu akibat kalah tiga tahun berturut – turut. Di bawah ni adalah dialog aku dengan maed yang masih aku kenang sampai sekarang.

Aku: Maed ,apehal kau pergi jumpa Cikgu Zam tu tadi(cikgu koko aku)
Maed: Aku ingat aku nak tukar rumah sukan la.
Aku: Kau jangan Maed,kau sanggup ke nak tengok ahli rumah sukan hilang semangat sebab kehilangan kau.
Maed: Aah!persetankan semua tu.Apa yang penting sekarang aku nak dapat pingat emas dan duit ganjaran tahun ni.
Aku: Takkan kerana benda-benda macam tu kau sanggup tinggalkan kami.Kalau kau tak kesian kat kami pun ,kau kesian la kat awek kau tu yang banyak berkorban untuk kau sehingga kau jadi ketua rumah sukan ni.
Maed: Ada aku kisah , yang penting matlamat aku tercapai.
Aku : Suka hati kau lah Maed.Aku sebagai teman dah bagi nasihat kat kau dah.Cuma aku nak cakap satu je kat kau Maed..Kadang – kadang kebahagiaan dan kesusahan akan lebih bermakna jika dikongsi bersama…

Wednesday, November 17, 2010

Kuala Woh Wei..



Aku balik Perak masa cuti belajar aku yang dulu sebab nak jengok Pak Long aku.Dah lama aku tak jumpa dia .Dia sibuk sikit orangnya ,Ketua Kampung la katakan.Dia duduk kat Kampar.Aku pergi Kampar dengan keluarga aku. Masa dalam perjalanan tu ,hujan pun turun ,masa tu aku dah ada kat Ipoh.Time – time hujan macam ni teringat pula kat Noh Hujan.Aku bukanlah minat sangat kat Hujan ni tapi bila vokalis dia Noh dah bertunang dengan Mizz Nina dan akan kahwin tahun 2011 nanti dalam hati aku kata “awal sangat kau kahwin ni Noh” takpelah itu rezeki masing masing.Sampai je kat rumah Pak Long ,aku bau sup tulang gear box.Rupanya Pak Long aku tengah masak sup ni untuk keluarga aku dengan anak – anak dia yang sampai sehari awal daripada aku.Anak – anak Pak Long aku ni semua dah keja dan diorang memilih untuk menetap di KL.Hari kedua aku duduk kat rumah Pak Long aku ni,tiba – tiba anak kedua dia kata ‘kita semua pergi mandi dekat Kuala Woh nak tak?’kita orang pun ape lagi , seronok la.Sampai je kat Kuala Woh tu ,aku dengan sepupu - sepupu aku terus terjun dalam air .Kita orang punya target haritu ,mandi sampai basah.Kalau tak basah tak boleh naik lagi.Tiba – tiba salah seorang daripada sepupu aku menjerit .Aku mula cuak dah ,aku ingat ka kena sampuk dengan hantu air .Bila aku tanya dia pasai pa hang menjerit ,dia kata pasir panas.Palat betul..Tapi memang panas pun ..

.

Pandangan dari atas titi tu.
Jalan Masuk.

Sunday, November 7, 2010

Kajian Lapangan..

Lecturer aku hari ni suruh aku dengan kawan-kawan aku buat kajian lapangan atupun field work berkenaan dengan alam semulajadi.Time tu kepala kita orang semua berserabut.Tak tau nak pilih nak buat kajian dekat mana.Nasib baiklah ada sorang kawan kami bagi idea yang bernas.Lepas habis saja set semua perkara,kitorang terus gerak ke tempat tersebut.Untuk menambahkan lagi keseronokan dalam kajian kami,aku telah mengimport beberapa orang budak-budak yang lebih mengetahui tentang selok-belok tempat itu.Budak-budak tu kata berdekatan dengan tempat kitorang nak pergi tu ,ada satu tempat mandi yang best.Mula-mula nak percaya cakap budak – budak tu susahlah sikit ,tapi bila tengok muka diorang serius je masa cakap benda tu,kitorang pun ikut sajalah.Ternyata mandi kat tempat ni telah membuatkan kami semua lebih dekat dengan alam semulajadi.Terasa sejuk dan lapang dada.haha.

Di bawah ni adalah sedikit gambar-gambar yang ditangkap oleh kawan – kawan aku.







Monday, October 11, 2010

Astaghfirallah hal azim, gigolo rupanya die.


Baru baru ni apabila aku balik kampong sempena cuti kerja aku,aku dapat meluangkan masa bersama keluarga aku.Time – time cuti ni budak budak sekolah yang bercuti ada yang pergi kerja,ada yang makan tidor saja .Aku tak kisah sebab diorang pun nama budak-budak ,biarlah diorang mengejar kebebasan dan meneroka hidup diorang supaya lebih matang pada masa akan datang.Apabila diorang besar nanti takdelah terkapai – kapai macam aku nak mencari apa erti hdup yang sebenarnya.Entri blog aku kali ni pasai adik saudara aku .dia baru darjah satu.Pada suatu hari ASTRO RIA main cerita LAGI LAGI SENARIO.ada scene di mana wahid cakap Astaghfirallah hal azim, gigolo rupanya die kat apek ,adik saudara aku ni gelak-gelak sebab nada suara wahid time tu memang kelakor .Kendian adik saudara aku tanya GIGOLO tu apa bang.Aku nak jawab apa.aku pun bukan berapa expert dalam bidang tu.Aku pun bagi jawapan kate diorang ni yang kerja kat tempat menari – menari tu.Adik saudara aku pun kata oooh,yang ada lampu-lampu tuh.Hmmm .Harap-harap lepas ni adik saudara aku tak tanya dah kat aku soalan – soalan yang memerlukan critical thinking.
Nilah Cerita dia..

Thursday, September 30, 2010

Malam Sesuci Lebaran.



Leburlah dosa di tapak tangan, 

Lupakan segala silap dan salah. 


Di tempat belajar aku ni ,lepas –lepas cuti hari raya akan ada beberapa fakulti ataupun jabatan yang mengadakan sambutan majlis hari raya.Jabatan aku juga tidak terlepas dari perkara – perkara sebegini.Aku dengar daripada orang-orang atasan jabatan aku,diorang kata kalau tak buat majlis hari raya ni ,tak hip lah.Aku tak kisah sangat ,kalau diorang nak buat atau tak nak aku ok ja.Pada malam tersebut,aku pun pergi dengan kawan aku ke tempat majlis tu diadakan .Tak silap aku nama dia dewan seri suri ,entahlah aku pun dah lupa sebab dalam fikiran aku hanya teringat makanan yang terhidang di belakang dewan tersebut.Di dalam majlis – majlis sebegini ,kawan –kawan aku tak melepaskan peluang untuk bergaya sakan.Majlis grand lah katakan.Aku hanya pakai baju dan seluar yang aku beli di pasar malam di kampong aku.Dalam majlis ni ,diorang ada panggil sorang photographer untuk ambil gambar kitorang makan ,jalan ,sembang ,minum dan ketawa.Aku sempat juga berkenalan dengan photographer tu.Tak silap aku nama dia Thira,boleh tahan cute jugalah dia.Di bawah ni adalah gambar gambar yang ditangkap oleh dia.Kalau tak salah aku dia guna Nikon D3000.


Nota Kaki: Nice picture . Credit to Thira. Especially for the last picture.




Yang ni presiden jabatan kami.Aku panggil dia farzo (Farza Omar).
Aku nak ucapkan tahniah kat dia sebab dapat buat praktikal kat Johannesburg, South Africa.
Selamat pergi dan selamat kembali.
Diorang ni satu geng.yang tengah tulah ketua dia.
garang je muka dia.(dari kiri):az,dia,royh,fas,ira.
The Huss..
Lima sekawan: (dari kiri)ati,ain,ina,eja.Lagi sorang tak datang ,iza nama dia.
sakit gigi katanya.
Dari kiri:yat,mizi,yon.
Gambar ramai 1.
Gambar ramai 2.
Yang ni aku lupa nak tanya nama .Dia ni tetamu jemputan kami.

Saturday, July 31, 2010

Lalu Dia Kata (LDK)..


Hujan hari ni taklah beberapa menentu sangat.Sekejap lebat,sekejap renyai-renyai.Aku ada LDK hari ni.Mulanya tak nak pergi,tapi banyak kawan aku yang pergi ,aku pun join sekali.Kitorang punya LDK ni dibahagikan dalam bentuk-bentuk kumpulan dan dibuat di bilik  bilik yang berasingan.Jadi dapatlah aku jumpa dengan kawan kawan yang baru dari jabatan-jabatan yang lain.LDK aku ni diketuai oleh imam masjid yang ada kat tempat belajar aku ni.Dia ni muda lagi ,baru dalam 24 tahun.Yang seronoknya tentang LDK aku ni,ketua kitorang tak ikut seratus peratus tentang apa yang harus dibuat dalam LDK ni.DIa buat ikut cara dia.Benda pertama yang dia suruh kami semua lakukan ialah mengingati semua nama yang ada dalam bilik tu.Tapi aktiviti yang paling berbekas dalam hati aku ialah aktiviti Kerohanian Jiwa.Ketua kitorang akan panggil secara sukarela beberapa orang untuk berkongsi pengalaman yang dapat menyedarkan jiwa kami semua .Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan bangun.Dia sukarela untuk menceritakan tentang pengalamannya.Aku tak pasti dia dari jabatan mana,tetapi pengalamannya menceritakan tentang insan yang dia sayang iaitu ayahnya telah sedikit sebanyak meruntun jiwa aku.

Walaupun selepas habis LDK itu ,aku jarang lagi bertemu dengan pelajar perempuan tu,tetapi jauh dari sudut hati , aku tetap mendoakan yang terbaik untuk ayahnya itu.

Nota Kaki : Kadang-kadang kita tidak sedar akan sesuatu barang ataupun seseorang yang penting dalam hidup kita sehinggalah kita kehilangannya.

Sekadar tatapan.Gambar ihsan daripada Ben Ludin.
1


1


Monday, July 26, 2010

Pangkor Yang...



Pangkor yang Hancor.(Babak Pertama)

Ni adalah salah satu sub tajuk daripada sebuah buku yang aku baca beberapa bulan dulu.Di bawah ni aku tuliskan kembali cerita yang aku yang baca tu.

Aku Faiz.Tapi ramai orang panggil aku Paeh .Kat tempat belajar aku ni ada sebuah kelab persatuan iaitu nama dia Kelab Pasaran.Aku ngan kawan-kawan aku tertarik nak join kelab ni sebab banyak awek cun yang join kelab ni.Pada suatu hari AJK kelab ni nak jumpa semua budak yang baru masuk kelab diorang.Kita orang pun cuak la sebab perjumpaan tu dibuat kat Pusat Islam(lebih kurang macam masjid la ).Tapi kita orang tak kisah asalkan matlamat kita orang nak tengok awek-awek cun tu tercapai.Apabila tiba turn ketua kelab(nama dia bang zan) nak cakap ,kita orang dengar betul – betul.Bang zan kata tujuan dia buat perjumpaan ni sebab nak bagitau yang kelab kita orang akan menganjurkan satu kem bina diri dan semangat. Kem kita orang tu akan diadakan 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor , Perak. Diorang akan menjemput motivator luar khas untuk kita orang.Time bang zan bagitau kita orang yang kem tu nak set dekat Pulau Pangkor kita orang tak pikir dah pasal tentatif dalam kem tersebut.Apa yang bermain kat minda kita orang ialah nak mandi,snorkeling,mancing dan shoping.Nasib baik kat tempat belajar aku ni disediakan bas untuk kemudahan pelajar.Pada hari yang ditetapkan kita orang pun pergi ke Pangkor.Sampai kat resort tempat kita orang nak tidor dan makan tu ada sorang pak cik sapu sampah tegor aku ,katanya korang takkan dapat mandi kat pulau ni walaupun korang dekat kat pulau ni.Aku kata dalam hati apa guna datang kalau tak mandi.Takpelah ,aku pun minta diri kat pakcik tu sebab aku nak check in bilik dengan kawan-kawan aku.

Pangkor yang Hancor(Babak Kedua)

Malam tu kita orang makan nasi lauk sotong dengan udang.Lepas habis makan kita orang kena berkumpul kat Dewan Malinja (dewan serbaguna untuk buat macam – macam aktiviti).Lalu kita orang pun diperkenalkan dengan motivator khas yang bertugas untuk membina jati diri dan semangat kita orang.Nama dia Bang Sum.baik orangnya.Tapi yang spoilnya dia bawa sekali anak dia .Anak dia boleh tahan hensem dan kerana itu jugalah awek – awek cun dalam kelab kita orang tertumpu mata kat anak dia .Bang Sum memulakan perkenalan dengan memberitahu tempat tinggal dia dekat mana ,dah berapa tahun dia jadi motivator dan banyak lagilah. Mendengar cerita – cerita bang sum membuatkan mata kami layu sedikit demi sedikit.Nasib baiklah time tu anak dia bawa keluar sebungkus plastik yang berisi lollipop dan dibaginya kepada kami setiap satu.Sebelum habisnya aktiviti pada malam tu,Bang Sum mengumumkan sesuatu perkara yang agak mengejutkan kami semua ,dia kata kemungkinan besar kami tidak akan dapat mandi kat pulau ni kerana Bang Sum telah menyediakan aktiviti – aktiviti yang amat menyeronokkan buat kami semua.Habis sahaja aktiviti pada malam itu ,semua orang termasuklah aku keluar dari Dewan Malinja dengan perasaan yang hampa dan kecewa. Masing – masing mempertikaikan apa yang baru dicakapkan oleh bang sum sebentar tadi.Sambil aku menuruni tangga ,aku ternampak kelibat pak cik sapu sampah petang tadi.Apabila aku memandang mukanya,dia gelak sakan pada aku sambil mulutnya berkata ‘pak cik dah cakap dah tadi ,kan betul cakap pak cik’.

Pangkor yang Hancor(Babak Ketiga dan Terakhir)

Hari – hari yang dilalui bersama dengan aktiviti yang disediakan oleh bang sum kadang – kadang sajalah yang menyeronokkan.Nasib baik kebanyakan aktiviti yang dibuat dilakukan di luar resort kami.Dapat lah aku mendengar bunyi ombak di luar sekurang – kurangnya dapat melepaskan mengidam aku untuk mandi kat pulau pangkor ni.Aktiviti pada malam terakhir kami di pulau pangkor adalah yang paling menyeronokkan.Bang Sum telah membeli sebuah patung ultraman dan diletakkan di tengah – tengah bulatan yang dikelilingi kami semua.Bang Sum kata game ni simple saja,aku akan bagi kat hampa semua sorang sebungkus tepung jagung,sapa yang boleh baling tepat kat muka ultraman ni dialah pemenangnya. Malangnya tak ada sapa yang menang game ni kerana jarak kami dengan ultraman tersebut terlalu jauh.Yang paling tak tahannya ada yang menangis bukan kerana tak dapat menang pertandingan tu,tapi kawan sebelah diorang ambil tepung tu baling kat muka dan badan diorang.Tepung masuk mata ,tu yang menangis tu.Keesokan harinya,sebelum aku balik ke tempat belajar aku semula,aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan bang sum ,anaknya dan tidak lupa juga pak cik sapu sampah.Sempat juga aku minta kat pak cik sapu sampah tu dia punya no.henfon dan nama kat fb dia.Nak tahu dia letak nama apa kat fb dia—Pangkor yang Hancor—

Sekian.TAMAT.


Gambar-gambar di bawah ni aku tak tahulah sama ada paeh yang tangkap ataupun orang lain.Paeh tak cakap apa-apapun tentang gambar ni.Dia cuma tulis dalam buku tu kat atas gambar-gambar ni perkataan ooyeeeeh….  

Ni mungkin gambar kat jeti.
Adakah yang pakai baju putih tu Paeh?

Ataupun yang sedang tersenyum ini ?
Aku rasa nilah motor pak cik sapu sampah tu.




Wednesday, June 2, 2010

Kau tak nak menulis ke ?


Di kampong aku ni ada pasar malam minggu setiap hari Selasa.Aku suka pergi pasar malam ni pun sebab ada satu gerai kat tapak pasar malam ni dia jual buku.Pak cik yang jual buku ni suka membaca ,jadi buku – buku yang jarang ada kat pasaran ada kat gerai dia.Pernah sekali ada buku karton politik yang diharamkan oleh Kementerian dalam Negeri ada kat dalam gerai dia .Aku pun apa tunggu lagi rembat je la satu.Mulai saat itu aku pun jadi pelanggan tetap kat gerai pak cik ni.Pernah sekali pakcik tu tanya aku kau tak nak menulis ke ?aku pun jawab kat dia menulis ni kena ada banyak knowledge sikit pak cik ,baru orang tertarik dengan tulisan kita.Pak cik tu kata lagi,kita menulis ni jangan terlalu skema sangat ,biar ada identiti kita sendiri.Lagipun pak cik percaya hang boleh menulis.Hang kena kerah dan perah segala knowledge yang ada dalam otak hang tu.Kalau tak boleh tulis yang berat-berat ,tulis lah yang ringan – ringan dulu.Lama juga aku memikirkan tentang perkara ni.Kalau aku nak tulis ,aku nak tulis tentang apa.Bila aku fikir-fikirkan balik ,tulis lah tentang apa pun , janji menulis.
Dengan niat dan tekad yang ada dalam diri aku ni ,maka terhasillah blog aku ni…