Wednesday, January 19, 2011

Cikgu Mat tu..

Ada satu hari tu aku pergi beli barang dapur kat TESCO.Sambil jalan – jalan keluar lepas dah habis bayar, aku nampak cikgu BM aku masa aku form 5 dulu.Dalam hati , aku kata tu Cikgu Mat tu.Aku pun apa lagi,terus pergi kat dia . Aku tegur dia ,tapi bila dia tengok muka aku ,dia tak cakap apa,dia hanya senyum kat aku.Aku pun senyum la balik.Tiba – tiba dia cakap dah makan ke belum.Aku pun jawab belum lagi cikgu.Dia pun kata mailah kita makan sama – sama ,cikgu pun belum makan lagi ni.Banyak benda yang aku sembang dengan dia .Aku jadi rapat dengan dia pun sebab aku pernah bertengkar mulut dengan dia dulu.Punca aku bertengkar sebab  dia baca karangan aku kat seluruh  budak kelas dulu.

Dalam periksa kali ni, aku cuma bagi kat hampa semua satu tajuk karangan, hampa semua buatlah apa yang patut ,tapi kali ni aku tak nak hampa semua tulis ikut skema sangat ,aku nak tengok hampa punya identiti dalam karangan yang hampa akan hasilkan.- kata cikgu mat 2 hari sebelum bermulanya 
exam kami.

Hari periksa pun tiba,tajuk yang dia bagi kat kami  hanya 4 patah perkataan dan 2 titik iaitu Kegiatan pelacuran berleluasa.Huraikan.Aku tengok kawan-kawan lelaki aku yang lain,ada yang dah tulis dah ,ada yang senyum – senyum. Kalau bab macam ni ,cukup laju diorang ni.Tiba hari nak bagi markah ,Cikgu mat ambil kertas aku dan dia baca kat seluruh kelas,dia baca sebahagian daripada kesimpulan.Aku tau yang dia pegang tu kertas aku sebab aku cam tulisan aku.

Aku tertarik dengan salah satu karangan sorang pelajar ni.Bagus, tak berat sebelah ,tapi ada sedikit unsur-unsur ghairah.Kata dia sebelum mula membaca karangan aku.- Bagi sesetengah golongan ,pelacuran bukanlah sesuatu yang menjijikkkan ataupun mengotorkan. Mereka menganggap itu adalah salah satu daripada lubang – lubang pekerjaan yang membawa kepada keuntungan. Siapa yang tidak mahu,hanya kerja semalaman tapi sudah boleh memperoleh wang untuk belanja sebulan.Pelacuran bukanlah memfokuskan kepada golongan wanita sahaja ,tetapi ia juga terjebak kepada golongan lelaki dan tidak lupa juga pondan.Time tu semua budak kelas aku gelak sakan.Cikgu Mat sambung baca lagi ,Kegiatan ini kadang kadang dikaitkan juga dengan teori-teori yang  boleh diterima akal  fikiran.Ada pihak yang mengatakan jika tiada permintaan masakan akan terbit penawaran untuk pelacuran Meskipun begitu,ianya bergantung kepada akal budi dan pemikiran pelacur – pelacur yang berkeliaran. Masa dia jalan nak bagi balik kertas karangan kat aku , saat itulah berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

akan bersambung.....

5 comments:

  1. Cepat lah tulis sambungan dia jap..aku tak sabar nak baca ni..

    ReplyDelete
  2. kau jangan buat orang tertanya-tanya jap,aku cukup tak sukalah..:)

    ReplyDelete
  3. Ye lah,aku post lah nanti sambungannya..

    ReplyDelete
  4. aku suka apa yg dtulis...mungkin ini satu daripada punca rezeki..tpi bgi aku,zaman dlu n skrang terlalu berbeze...sbb,skarng merekpea yg terbabit dlm gejala itu dsbbkn nafsu mereka sendri,bknlah semata2 memikirkn punca rezeki....
    jap jgn lupe explain kt aku nnt......

    ReplyDelete
  5. aku pernah interview beberapa orang yang mahir dalam pekerjaan ini.Sebagai contoh ,mereka yang bekerja di jalan binatang oops jalan bintang,brickfield,dan juga chow kit road..

    Mereka berkata semasa mereka melakukan perkara-perkara tersebut,mereka tidaak merasakan apa-apa kerana di dalam fiiran mereka hanya memikirkan tentang wang sahaja.Bak kata pepatah,alah bisa ,tegal biasa..

    ReplyDelete