Thursday, January 6, 2011

Ilmu Ada di Mana-Mana .(Perubahan Kalendar Akademi Universiti)

Perubahan kalendar akademik universiti kepada September bukan bertujuan menarik pelajar antarabangsa sebaliknya lebih kepada usaha menyelaraskan tempoh pengajian dengan universiti asing.--(boleh percaya ka)-Utusan Malaysia-5/1/2011

Bercakap tentang perkara ini,aku hanya mendiamkan diri buat seketika.Aku tahu perkara ini ada banyak pro dan kontranya.Baru semalam aku membincangkan perkara ini dengan rakan sebilikku yang tinggal serumah denganku.Dia salah seorang pelajar repeater.Apabila surat khabar Utusan Malaysia pada tarikh di atas menyiarkan tentang perkara ini , aku tertarik untuk membaca.Tetapi dalam benak fikiranku,mengapa hanya pensyarah sahaja yang difokuskan di dalam perkara tersebut tetapi tidak pelajar-pelajar IPTA itu sendiri.Bagaimanakah pelajar-pelajar seperti  rakan sebilik aku hendak meneruskan pembelajaran jika tempoh pembelajaran untuk satu semester begitu singkat.Aku yakin ,pelajar-pelajar biasa walaupun yang tidak me’repeat’ paper yang gagal juga akan merasai tekanan dalam perubahan ini.Apa gunanya hanya mempercepatkan tempoh pembelajaran tetapi pelajar-pelajar itu sendiri tidak melalui proses pemahaman.
Dalam akhbar itu juga menyebut:
 "Bagi pelajar lama, kementerian memberi fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar tersebut wajib mengikuti kalendar asal atau kalendar baru,"
Aku berharap pihak atasan di tempat pengajian aku ini dapat memikirkan pilihan yang paling terbaik didalam perubahan ini.
Nota Kaki:Kalau setakat nak mengikut buku rujukan yang ditulis oleh orang asing boleh lagi diterima,tapi janganlah sampai nak ikut sekali kalendarnya.Kerana aku yakin dan percaya ilmu ada di mana-mana dan bukannya mengikut masa.

3 comments:

  1. parti abg long seteroJanuary 10, 2011 at 12:48 AM

    aku rase ape yg diperkatekan ade betulnye...
    jika betul calender baru dlaksanekn jua,aku merasakan kita seperti era penjajahan zaman dahulu...
    ini kerna,jika diimbas kembali zaman dahulu,raja2 melayu dipaksa untuk menandai perjanjian dgn owg asing tetapi zaman kini,kta terpakse mengikut calender mereka untuk menyelaraskn cuti mereka...
    jika ini berlaku,bermula era penjajahan yg baru dari segi ekademik sedikit sebanyak boleh menghancurkan institusi owg melayu.........

    ReplyDelete
  2. Amboi,semangat sungguh ye ahli abg long setero ni.Bagi aku sampai bila kita harus mengikut acuan orang lain.Kita seharusnya mencipta acuan kita sendiri.

    ReplyDelete
  3. betul kate pemilik blog ni.. just tengok kat Jepun... mereka shopping, movie n lifestyle mereka x dipengaruhi oleh budaya lain.. mereka berbangga guna produk yg mereka hasil sendiri, cara hidup, adat dorg x berubah walaupun ngr mrk moden.. ni bru betul ngr bebas merdeka ngan cara eraka sendri..

    ReplyDelete